Bacaan Komprehensif Interaktif , BAKI ( CD Pendidikan )
Bacaan Komprehensif Interaktif direka bentuk khusus bagi membantu dan membimbing murid-murid yang belum menguasai membaca dan juga meningkatkan kemahiran lisan murid-murid yang lemah. Ia juga merangkumi kemahiran lisan ( mendengar dan bertutur ). Bacaan Komprehensif Interaktif ini terdapat dalam dwibahasa dengan tiga struktur penulisan iaitu, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Jawi. Melalui perisian ini, murid-murid akan dapat memahami maksud tersirat dalam setiap cereka, menyuburkan minat membaca dan menjadikan murid-murid berdaya saing dalam meningkatkan kemahiran sesama rakan sebaya. Terdapat tiga modul dalam perisian ini, iaitu Modul Cerita, Modul Aktiviti dan Modul Perbendaharaan Kata.