Program Pembelajaran ICT Tematik Prasekolah ( CD Pendidikan )

Program Pembelajaran ICT Tematik Prasekolah telah diterbitkan dengan mengikut Huraian Kurikulum Kebangsaan Prasekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia amat sesuai sebagai Bahan Bantu mengajar di Institusi Prasekolah kerajaan dan swasta seperti KEMAS, tadika, Perpaduan, dll. Program ini menggunakan pendekatan Bestari yang mempunyai enam komponen iaitu Bahasa dan Komunikasi, Kerohanian dan Moral, Perkembangan Kognitif, Perkembangan Sosioemosi, Perkembangan Fizikal, Kreativiti dan Estetika yang merangkumi 40 tema.