Program Intelek Jawi ( CD Pendidikan )

ProgramIntelek Jawi adalah satu-satunya perisian Jawi prasekolah yang direkabentuk khusus untuk rujukan guru sebagai alat bantuan mengajar. Ia membantu murid-murid cepat menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam tulisan Jawi berdasarkan Kurikulum. Pendidikan Prasekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyuburkan prestasi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, kemahiran, dan memupuk sikap dan nilai positif sebagai persediaan ke tahun satu. Program Intelek Jawi ini merupakan asas pengenalan huruf dan asas bacaan Jawi yang difokus khusus kepada proses pengajaran dan pembelajaran prasekolah dan sekolah rendah. Tiga aspek utama komponen Intelek Jawi :

  • Pengenalan huruf-huruf Jawi
  • Kaedah menulis huruf-huruf Jawi
  • Mempraktik Asas Bacaan Jawi